Friday, March 27, 2009

Menguasai pelajaran Bahasa Melayu

Pelajar yang dikasihi,

Sila rujuk Sudut Bahasa Melayu SMKDZM untuk mempelajari kesalahan-kesalahan umum bahasa Melayu.

Thursday, March 26, 2009

KATA HUBUNG PANCANGAN

Kata hubung pancangan ialah sejenis kata hubung yang menyambungkan klausa-klausa tak setara pada klausa utama. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

A. Kata hubungRelatif
yang

i. Pelajar yang berjasa itu diberi penghargaan.
ii. Ayah membeli kereta yang berwarna hitam.

B. Kata Hubung Komplemen
bahawa

i. Dia menyatakan bahawa ayahnya akan ke Jepun.
ii. Kita mesti sedar bahawa membaca itu jambatan ilmu.

C. Kata Hubung Keterangan
kalau
semoga
kerana
hingga
taktala
untuk


i. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
ii. Kami berdoa semoga beroleh kejayaan dalam peperiksaan.
iii. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
iv. Hadiah ini disediakan untuk disampakian kepada para pemenang.

GAYA BAHASA DALAM KARYA/PUISI

GAYA BAHASA DALAM KARYA /PUISI

Diksi

- Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej.

Personifikasi
- Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan . Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan.

Simile
- Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung). Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran.

Metafora
- Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya. Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran.

Hiperbola
- Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi.

Sinkope
- Bermaksud penyingkatan perkataan. Contohnya: "Apa dah jadi ini?"

Rima
- Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi. Terdiri daripada rima awal, rima daiam, dan rima akhir.

Asonansi
- Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama daiam baris-baris sajak. Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Barulah kupenuhi hidupku.

Aliterasi
- Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama daiam baris sajak. Contohnya: pengulangan konsonan m daiam baris Memacu menghimpun kemahuan.

Pengulangan
- Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang daiam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! Tambah mengimbau sorotan Kitab ESA!
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ... had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga.

Perlambangan
- Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. Contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda.

Sunday, March 1, 2009

Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.

Contoh:
Berlari
Membaca
Makan
Memancing
Tidur

Kata kerja Transitif - memerlukan objek sesudahnya
menyediakan makanan
menjual kuih
memukul gendang

Contoh Ayat-
1. Ibu menyediakan makanan untuk keluarga.
2. Kakak menjual kuih di kantin sekolah.

Kata kerja transitif aktif terbahagi kepada 2 iaitu:
i. kata kerja transitif aktif
ii. kata kerja transitif pasif

kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awala meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.
Ali sedang menarik tali.
Saya sudah menulis surat untuk ayah.
Abang menaiki bas di sekolah
Kerja mereka membuahkan hasil.

Kata transitif pasif terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
Contoh.
Tali ditarik oleh Ali.
Makanan disediakan oleh ibu untuk keluarga.


Kata kerja tak transitif- tidak memerlukan objek sesudahnya.

Contoh:
tidur
makan
bersiar-siar



Soalan:

Buat pembetulan penggunaan imbuhan meN-, meN-...kan dan meN-... i dalam ayat berikut.

Air matanya membasahkan pipinya yang kemerah-merahan itu. (membasahi)
Walaupun sungai itu kecil tetapi airnya mengaliri deras. (mengalir)
Nenek Minah berindu cucunya di kampung. (merindukan)
Pihak polis berjaya menemui kereta curi itu di ladang kelapa sawit. (menemukan)

Tatabahasa dan Kosa kata

Ingin memperbaiki tatabahasa dan menambah kosa kata anda? Anda boleh merujuk papan kenyataan Sudut Bahasa SMKDZM. Selain itu anda berpeluang mendapatkan hadiah dengan menyertai pertandingan teka silang kata. Pertandingan ini akan berlangsung selama dua minggu bermula 02.03.09 hingga 13.03.09. Jangan lepaskan peluang.

Sukan Olahraga Tahunan SMKDZM



Sukan olahraga tahunan SMKDZM telah berlangsung pada 28.02.09 (Sabtu). Kejohanan ini berlangsung dengan lancar dan kelihatan pelajar sangat seronok. Saya sebagai guru pelatih di SMKDZM juga berasa seronok pada hari tersebut dan cuba membantu kejohanan tersebut dengan menjadi pembantu hakim belapan dan membantu membersihkan padang. Ini merupakan kali pertama saya menjadi hakim sejak sekian lama hanya menjadi peserta dalam sukan. Sukan sekolah SMKDZM merupakan salah satu kenangan indah yang saya dapat titipkan dalam memori sepanjang menjalankan latihan mengajar.

Tuesday, February 17, 2009

Teknik Membina Karangan (PMR)

Sebagai insan yang sempurna, kita mestilah menghormati golongan orang kurang upaya (OKU). Apakah cara-cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka?

Format Karangan Fakta
1. Pengenalan/pendahuluan
2. Isi 1
3. Isi 2
4. Isi 3
5. Isi 4
6. Penutup

T: Menghormati OKU
K: Cara-cara
F: Fakta

Isi
1. Memahami perasaan mereka
2. Membantu mereka
3. Memberi sokongan moral
4. Tidak mendiskriminasikan mereka
Tips membuat karangan:
Pendahuluan:
1. Ayat ransangan (AR) - Ayat yang berkaitan dengan tema
2. Ayat arahan (AA) - Ayat yang menjawab kunci soalan

Perenggan isi:
1. Ayat isi (AI) - Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci
2. Ayat huraian (AH) - Huraian lanjut tentang isi untuk memberikan penjelasan
tentang perkara yang diperkatakan
3. Ayat contoh (AC) - Bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi
4. Ayat penegas (AP) - Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian

Penutup:
1. Ayat kesimpulan (AK)
2. Ayat penilaian (A pnln)
3. Ayat harapan (A hrpn)
4. Ayat cadangan (A cdgn)
5. Ayat penutup (A pnutp)

Karangan Penuh:

Siapakah golongan orang kurang upaya? (AR) mereka ialah golongan yang cacat seperti cacat mental atau cacat anggota badan yang tertentu (AR). Disebabkan kecacatan, mereka menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan seperti insan sempurna yang lain (AR). Sebagai insan yang sempurna kita mestilah menghormati golongan OKU (AR). Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka (AA).

Satu daripada cara kita menghormati mereka ialah dengan memahami perasaan mereka (AI). Kita janganlah memandang rendah kepada mereka (AH). Contohnya, kita mestilah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka (AC). Oleh itu, kita mestilah memahami perasaan mereka yang sering merendah diri akibat daripada kekurangan mereka (AP).

Selain itu, kita juga mestilah selalu menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka (AI). Dengan bantuan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dapat menjalankan kehidupan seharian seperti orang lain (AH). Sebagai contoh, kita boleh menolong mereka dengan memberi pertolongan kewangan atau khidmat nasihat dan sebagainya (AC). Tegasnya, kita mestilah siap sedia memberikan pertolongan kepada mereka agar kehidupan mereka lebih sempurna (AP).

Di samping itu, kita perlu memberi sokongan moral kepada mereka (AI). Sokongan moral lebih penting berbanding dengan pertolongan kewangan (AH). Sebagai contoh, kita hendaklah meransang mereka bahawa mereka mampu berdikari walaupun cacat (AC). Tegasnya, dengan sokongan moral yang kita berikan, mereka akan lebih yakin untuk menghadapi cabaran hidup (AP).

Seterusnya, kita sebagai insan sempurna tidak boleh mendiskriminasikan mereka (AI). Kita mestilah mengiktiraf mereka sebagai ciptaan Tuhan seperti kita juga (AH). Contohnya, kita janganlah membezakan-bezakan mereka dengan orang yang sempurna (AC). Tegasnya, kita harus bersikap adil terhadap mereka (AP).

Kesimpulannya, sebagai insan sempurna kita perlu menghormati mereka (AK). Janganlah kita menyebabkan mereka rasa tersisih (Ahrpn). Kita perlulah sama-sama memberikan bantuan kepada mereka (A cdgn). Dengan menghormati dan memahami mereka, kehidupan mereka akan lebih sempurna dan bahagia (A pnutp).